PUSAT KEBUDAYAAN MURUT SABAH
Pusat Kebudayaan Murut Sabah, Bangunan kayu belian terbesar di Borneo. "Bangunan ini mula dibina pada tahun 1994 dan siap sepenuhnya pada tahun 1996. Ia berfungsi sebagai pusat pameran, perkembangan dan pementasan suku kaum Murut," kata Pengurus Mohd Soffriezan Yahya.
Katanya, bangunan yang terletak di tanah seluas 13.3 hektar itu mempunyai keunikan dan membawa ciri-ciri etnik Murut dan juga dikatakan bangunan paling banyak menggunakan kayu belian di Borneo.
Tiangnya saja berjumlah 207 pokok kayu belian. Saya melihat sendiri betapa besarnya kayu belian yang masih kukuh. Kira-kira 90 peratus bangunan itu menggunakan kayu belian, sejenis keras, tidak mudah reput dan tahan lama.