• No Tel: 087-735607, 087-735477
  • No Faks: 087-736334
  • Emel: MaxWilliam.Alfred@sabah.gov.my

17 Syaban 1445

Fatt Choi Coffee Cabin

Fatt Choi Coffee Cabin

Fatt Choi Coffee Cabin yang terletak di Daerah Tenom, Kampung Tenom Lama, Sabah, Malaysia.
https://www.agoda.com/fatt-choi-coffee-cabin_2/hotel/tenom-my.html?cid=1844104

PUSAT KEBUDAYAAN MURUT SABAH

PUSAT KEBUDAYAAN MURUT SABAH

Pusat Kebudayaan Murut Sabah, Bangunan kayu belian terbesar di Borneo. "Bangunan ini mula dibina pada tahun 1994 dan siap sepenuhnya pada tahun 1996. Ia berfungsi sebagai pusat pameran, perkembangan dan pementasan suku kaum Murut," kata Pengurus Mohd Soffriezan Yahya.

Katanya, bangunan yang terletak di tanah seluas 13.3 hektar itu mempunyai keunikan dan membawa ciri-ciri etnik Murut dan juga dikatakan bangunan paling banyak menggunakan kayu belian di Borneo.

Tiangnya saja berjumlah 207 pokok kayu belian. Saya melihat sendiri betapa besarnya kayu belian yang masih kukuh. Kira-kira 90 peratus bangunan itu menggunakan kayu belian, sejenis keras, tidak mudah reput dan tahan lama.

TENOM COFFEE VALLEY

TENOM COFFEE VALLEY

Tempat yang sering dikunjungi di pekan Tenom ialah Coffee Valley Tenom yang terletak di Jalan Tun Ahmad Raffai, berdekatan dengan Stesen Keretapi Tenom.

JAMBATAN KACA DI TENOM

JAMBATAN KACA DI TENOM

Jambatan kaca di Tenom Yong Farmstay.

Yit Foh Coffee Park

Yit Foh Coffee Park

Merupakan penginapan yang menarik sesuai untuk anda yang ingin bersiar-siar di Daerah Tenom.

TAMAN PERTANIAN SABAH

TAMAN PERTANIAN SABAH

TAMAN PERTANIAN SABAH (Sabah Agriculture Park) merupakan salah satu tempat yang menarik dan mempunyai pelbagai spesies tanaman. Taman ini yang terletak di Lagud Sebrang dengan jauh kira-kira 10 km daripada Bandar Tenom, Sabah.

KERETA API

KERETA API

Mungkin tak ramai yang tahu, di Sabah terdapat laluan keretapi sepanjang 134 kilometer yang menghubungkan bahagian pantai barat dan bahagian pedalaman negeri tersebut. Pengangkutan ini dikendalikan oleh Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) dan ia merupakan satu-satunya sistem pengangkutan rel yang beroperasi di Pulau Borneo. Setakat ini, laluan keretapi ini mempunyai 15 stesen yang bermula dari Sembulan (juga disebut Sekretariat) di Kota Kinabalu sehingga ke Tenom.