• No Tel: 087-735607, 087-735477
  • No Faks: 087-736334
  • Emel: PD.TENOM@SABAH.GOV.MY

14 Jamadil Akhir 1446

PERHUBUNGAN

Daerah Tenom boleh dihubungi dengan jalan darat melalui Jalan Kimanis-Papar, Jalan Tambunan-Keningau dan Jalan Kemabong-Sipitang dengan jarak lebih kurang 209 kilometer. Daerah Tenom tidak mempunyai masalah tentang perhubungan jalan darat oleh kerana hampir keseluruhan kampung dalam Daerah Tenom mempunyai jaringan jalan raya.

Terdapat juga perkhidmatan kereta api daripada Stesen Tanjung Aru, Kota Kinabalu melalui Papar-Bongawan, Membakut dan Beaufort sejauh 134 kilometer. Terdapat juga perkhidmatan bas dari beberapa bandar utama ke Tenom.