• No Tel: 087-735607, 087-735477
  • No Faks: 087-736334
  • Emel: PD.TENOM@SABAH.GOV.MY

14 Jamadil Akhir 1446

SEJARAH

Daerah Tenom telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1900-an. Pegawai Daerah yang pertama bernama M.C.M. Weedon. Pembukaaan Daerah Tenom oleh pihak Inggeris bermula dengan pembukaan Sapong Estate dan Melalap Estate. Namun demikian, mengikut kajian arkeologi yang dibuat oleh T.R William (1962), Dr. Neville (1963), A.H Dumbelton dan F. Wassey (1984) serta Ian Crawton (1980) ke atas beberapa tempat di Tenom seperti Batu Penotal dan bukit bukau di Banjaran Crocker, terbukti kawasan ini telah diduduki sejak prasejarah lagi. Di kawasan ini dijumpai ‘Batu Penukul’ beliung, batu yang digunakan oleh orang-orang Murut untuk memburu dan membuat pakaian. Pada mulanya, nama Daerah Tenom ialah Port Birch, iaitu sempena nama Gabenor E.W Birch (1901-1904) . Bagaimanapun, nama Tenom telah wujud pada tahun 1904 berikutan siapnya pembinaan jalan kereta api dari Beaufort ke Tenom dan Melalap.